Saturday, 31 January 2015

SUKAR CAPAI EJAKULASI

SAYA baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai ejakulasi. Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai ejakulasi dan ia mengambil masa lebih setengah jam. Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani. Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh. Masalah lambat ejakulasi dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan.

 PUTERA Kuala Lumpur 

Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang, tidak tahu mereka terkena jangkitan penyakit sifilis lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlymidia dan HIV kerana kebanyakan jangkitan itu tidak menunjukkan kesan ketara kepada pembawa. Orang yang menjadi mangsa ialah pasangannya apabila berkahwin kelak. Mengenai masalah ejakulasi anda, jika ujian darah yang dilakukan menunjukkan anda bebas sepenuhnya daripada sifilis, ia mungkin berpunca daripada masalah lain. Selain penyakit kronik seperti kencing manis, masalah urat saraf, penyakit prostat seperti keradangan prostat, stres, keletihan, kurang minat terhadap pasangan dan keresahan juga boleh mengakibatkan lambat ejakulasi. Masalah ini juga boleh berlaku jika orang yang mengalaminya mengambil alkohol atau dadah. Yang boleh saya katakan, anda mungkin mudah bosan melakukan hubungan seks dengan satu pasangan kerana anda sudah biasa sangat dengannya. Jadi, hubungan seks tidak lagi sesuatu yang istimewa buat anda. Cara terbaik ialah hentikan aktiviti seks rambang dan jalani ujian darah untuk mengesan jika virus penyakit kelamin itu masih wujud.

Monday, 26 January 2015

BERKHATAN KALI KEDUA

BOLEHKAH saya berkhatan buat kali kedua? Saya mahu lakukannya kerana kesan parut khatan pada zakar nampak ketara dan hodoh serta jahitan dilakukan doktor pada waktu itu tidak sempurna.

MANAF Selangor 

Prosedur berkhatan untuk lelaki membabitkan pembedahan bagi memotong kulit yang menutup kepala zakar supaya bahagian itu dapat dilihat. Proses ini sebenarnya sangat mustahak kerana selain faktor kebersihan, ia menjadi rawatan untuk lelaki yang mengalami masalah kulit penghujung zakar tidak terbuka atau sempit yang turut dikenali sebagai ‘buta’ hingga menyukarkan kepala zakar keluar ketika ia ereksi. Yang saya faham, anda sudah menjalani prosedur berkhatan seperti mana lelaki Islam lain ketika kanak-kanak dulu dan sekarang, mahu berkhatan kali kedua kerana jahitan dilakukan doktor terdahulu hodoh. Kes anda tidak termasuk dalam rawatan atau pemulihan prosedur berkhatan kerana kepala zakar tidak lagi memiliki kulit. Jika anda memotong kulit yang menutupi zakar sekarang, sudah tentu kulit hujungnya menjadi semakin pendek! Ini bahaya kerana boleh menyebabkan ereksi terperangkap kerana ia tidak dapat keluar secara sempurna kerana tak cukup kulit. Yang mustahak dalam berkhatan ialah kepala zakar terkeluar daripada kulit serta sihat dan tidak menyakitkan z


akar ketika ereksi. Saya difahamkan, ada amalan di kalangan lelaki berusia yang berkhatan kali kedua kononnya supaya ereksi mantap semula. Ini semua mengarut kerana jika banyak kulit dipotong, zakar menjadi pendek dan apabila capai ereksi, akan terasa sakit di pangkal zakar kerana kulit tidak cukup untuk menarik otot zakar. Anda tidak perlu bimbang dengan keadaan zakar yang kelihatan hodoh itu, lagipun ia bukan untuk ditayang kepada umum! Yang penting, anda sudah berkhatan dan yakin dengan kebersihannya.